BeautifulNara
by PEMALAS YANG BIJAK in

BeautifulNara


Kongsi Gambar Makan McDonalds, Shila Amzah Dihentam Peminat

Posted: 01 Jan 2013 07:32 AM PST

Kesian pulak Abang Nara melihat nasib Shila Amzah ini. Semua benda yang dibuat semuanya jadi kontroversi. Terbaru, Shila telah berkongsi gambar dirinya memakan McDonalds di Facebook Shylla. Akibatnya, Shila dihentam teruk oleh peminat-peminatnya.

shila amzah makan mcdonals

Ber”caption“kan “Seblm naik flight smpt lg makan McD Prosperity burger..huhu:)“, ruangan komen di gambar tersebut dipenuhi dengan persoalan mengapa Shila tidak memboikot McDonalds. Rasanya semua orang tahu yang kebanyakan rakyat Malaysia sedang memboikot McDonalds kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel yang menyerang bumi Gaza. Antara komen-komen yang dikeluarkan ialah:-
shila amzah

Bagi Abang Nara senang je, selagi boleh boikot, boikotlah. Bila tengok balik komen-komen yang dikeluarkan oleh peminat Shila Amzah, terasa sedih pun ada. Pasal boikot pun boleh keluar carutan dan kata-kata tidak elok. Tak pasal-pasal bergaduh sesama sendiri. Buat malu je. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

Saya Tidak Tahu Gambar Tersebut Adalah Palsu – Serina Chef Wan

Posted: 01 Jan 2013 06:57 AM PST

Kan Abang Nara dah kata Serina Chef Wan tidak bersalah di dalam hal ini. Dalam entri sebelum ini, pemilik gambar yang dikongsikan oleh Serina untuk mempromosikan sebuah produk kesihatan telah menafikan dirinya menggunakan produk tersebut. Siap ada laporan polis bagai!!!

serina chef wan

Sebentar tadi menerusi Twitter, Serina telah menerangkan apa sebenarnya yang terjadi. Melalui internet Serina mendapat info yang lelaki tersebut dikatakan telah berjaya mengurangkan berat badan menggunakan produk tersebut. Jadi Serina telah berkongsi kejayaan tersebut tanpa mengetahui yang gambar tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata.

serina produk

Perkara seperti ini sememangnya biasa terjadi lebih-lebih lagi dengan wujudnya persaingan sengit di antara produk-produk kecantikan yang terdapat di pasaran. Ada pihak yang sanggup membuat testimonial palsu asalkan produk laku. Semoga dengan penjelasan daripada Serina Chef Wan tiada lagi pihak yang memandang serong terhadapnya.

Baca Yang Ini Pulak:-