BeautifulNara
by PEMALAS YANG BIJAK in

BeautifulNara


Akui Rapat Dengan Neelofa : Fattah Amin Bagaimanapun Belum Mahu Kahwin

Posted: 08 Dec 2016 05:26 PM PST

Ramai yang tahu Fattah Amin dan Neelofa semakin hari semakin rapat. Peminat mereka meletakkan harapan tinggi agar mereka benar-benar bercinta sehingga jinjang pelamin.

Mengakui hubungannya memang rapat dengan Neelofa, Fattah Amin bagaimanapun berkata buat masa ini beliau belum mahu mendirikan rumah tangga. Alahai..kecewalah peminat mereka diluar sana yang ingin melihat mereka berkahwin cepat.

Buat masa ini tiada perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Saya mahu fokus kepada kerjaya saya dan beberapa perniagaan serta tanggungjawab sebagai duta produk.

Berbicara mengenai Neelofa, Fattah memberitahu beliau selesa berkawan dengan pelakon wanita  itu.

Lepas habis drama itu kami memang ada berjumpa sesekali untuk berbincang fasal projek, klien dan kerjaya. Secara jujurnya saya suka berkawan dengan dia kerana dia tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya dalam bisnes, semua orang tahu dia seorang usahawan yang berjaya.

Peminat Fattah Amin dan Neelofa janganlah kecewa. Mungkin sekarang Fattah belum mahu mendirikan rumah tangga tetapi kalau ada jodoh mereka berdua pasti tidak kemana.

Sumber Berita : mStar Online

Jangan Kenakan Cukai Sahaja, Bantu Artis Buat Album – Anuar Zain

Posted: 08 Dec 2016 12:17 AM PST

Penyanyi popular Anuar Zain dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan tidak seharusnya lepas tangan dan membantu artis untuk menghasilkan album. Artis juga mampu mengharumkan nama negara di mata dunia.

Menurut Anuar, penggiat seni sukar untuk mendapatkan pinjaman kewangan kerana sukar untuk menyakinkan institusi kewangan. Mereka melihat tiada masa depan buat seseorang yang terlibat dalam industri kreatif.

Saya harap kerajaan mampu memberi insentif kerana penyanyi susah mendapat pinjaman untuk membuat album. Saya perlu menyimpan. Jika pergi bank kata mahu pinjam duit untuk buat album, mereka tak akan layan. Mereka melihat tiada masa depan di mana industri kreatif ini tidak digalakkan.

Menurut Anuar, kerajaan juga mendapat keuntungan hasil kutipan cukai daripada industri hiburan. Malah, ada juga artis yang turut membayar cukai.

Apa salahnya untuk kerjaan mewujudkan peruntukkan untuk bidang hiburan juga didalam bajet negara.

Banyak cukai yang mereka (kerajaan) dapat daripada industri ini. Kita ada cukai hiburan, cukai kepada penyanyi dan pelakon. Banyak yang dicukaikan. Saya harap kerajaan membantu industri ini kerana kita boleh menempa sejarah melaluinya dan ini yang menunjukkan muzik Malaysia kita.

Kita perlu bantuan kerajaan kerana dalam pembentangan bajet, kita tidak mendengar peruntukan untuk bidang hiburan. Bantu juga pendapatan kami dengan banteras muat turun haram.

Tidak dinafikan ada penggiat seni yang menempa kejayaan dan sekaligus mengharumkan nama negara. Apa pendapat anda, patutkah kerajaan mula mewujudkan peruntukkan untuk artis?

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Kelab Peminat Zarulians Kecewa Zarul Umbrella Tidak Hargai Mereka

Posted: 07 Dec 2016 11:43 PM PST

Gegar Vaganza 3 telah melabuhkan tirainya pada minggu lepas tetapi masih ada lagi berita ataupun kontroversi melanda pesertanya. Kali ini, pemenang tempat ketiga program realiti berkenaan, Zarul Umbrella didakwa tidak menghargai ahli kelab peminatnya, Zarulians yang selama ini banyak memberikan sokongan sepanjang program GV3 berlangsung.

Ada yang mendakwa, Zarul tidak begitu mesra dengan peminat dan mengabaikan mereka. Apa yang membuatkan mereka berkecil hati ialah sikap Zarul yang melebih-lebihkan rakan beliau daripada MAS (Malaysia Airlines).

Sebelum mula GV cari penyokong tapi bila dah mula GV dia tak layan penyokong dia pun.  Dia lebihkan kepada kawan-kawan dia dari MAS.  Kami rasa macam dapat layanan second class walhal kami juga penyokong dan peminat dia.

Berbeza dengan artis lain yang bertanding mereka keluar cari penyokong tapi Zarul sentiasa ditarik oleh pengurusnya macam peminat dia ni semua penjahat.  Pada malam final itu, ada penyokong jumpa Zarul di luar MBSA minta Zarul tunggu sebab ada penyokong dari Singapura nak bagi hadiah, dia cakap okay tapi lepas tu dia tutup tingkap dan belah macam itu ajer.

Malah, Zarulians juga tidak mendapat undangan untuk sama-sama memeriahkan majlis sambutan hari jadi Zarul baru-baru ini.

Banyak la perkara yang Zarul buat kami kecil hati.  Dia last jumpa kami masa konsert kedua sahaja lepas tu tak jumpa langsung.  Kami lapan orang penyokong yang dapat tiket dan ada penyokong yang beli tiket.  Highflyers lebih dari 10 orang yang pergi masa final.  Prop semua kami yang sponsor cuma final je kami tak buat apa-apa sebab tak ada apa-apa cadangan dari admin.  Dah la peminat terbahagi dua.

Kami Zarulians dipulaukan.  Masa sambutan birthday Zarul tak ada Zarulians pun.  Itu semua staff MAS sahaja.  Kami rasa sangat sedih.

Tujuan mereka meluahkan semua perkara ini sebenarnya bukan untuk memalukan Zarul tetapi sekadar ingin memberitahu apa yang ada didalam isi hati mereka.

Kita tidak tahu apa yang terjadi, tetapi tidak mustahil ada timbul sedikit salah faham. Apa-apa pun, sebagai artis peminat adalah nombor satu. Sokongan peminat adalah penentu kerjaya artis itu juga.

Sumber Berita : Media Hiburan

Tahun 2016 Anda Akan Mempunyai “Perfect Ending” Bila…

Posted: 07 Dec 2016 11:40 PM PST

Pejam celik pejam celik, 2016 sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Pantas sungguh masa berlalu. Macam mana tahun 2016 anda? Abang Nara harap tahun ini anda berjaya menyempurnakan segala impian dan azam yang telah disenaraikan pada awal tahun. Secara jujur, Abang Nara excited juga menunggu kehadiran 2017. Tahun baru semangat baru lah katakan.

1
Selain daripada excited dengan kehadiran 2017, Abang Nara sebenarnya amat gembira sepanjang bulan Disember 2016 ini. Sebabnya? Ya Allah bulan ini punyalah banyak promosi, sales dan tawaran best-best sempena akhir tahun dan Krismas. Sampai rambang mata la dibuatnya. Masa inilah ada masa yang terbaik untuk bershopping, lebih-lebih lagi kalau nak beli handphone baru. Harga kaw-kaw murah dan banyak dapat free gift lagi. Salah satu yang mencuri perhatian Abang Nara ialah promosi awesome dari Huawei Honor Malaysia.

2
Bermula 1 Disember sehingga 12 Disember ini, kita semua berpeluang untuk mendapatkan telefon-telefon pintar Honor dengan harga yang telah didiskaunkan beserta free gift yang super duper awesome. Setahun sekali je promosi macam ini akan menjelma di www.vmall.my. Kalau tak beli memang rugi. Confirm menyesal punya. Antara promosi yang tak boleh korang lepaskan ialah:-

1. Diskaun RM100 untuk Honor 8 dan free powerbank

3Pergh… Meleleh air liur tengok kecantikan Honor 8 ini. Ramai kawan-kawan Abang Nara pakai Honor 8 ini dan semuanya cakap "best bro telefon nie. First class". Kalau korang inginkan telefon yang laju, canggih, kamera awesome dan design seksi, Honor 8 adalah pilihan terbaik. Tak kira 64GB atau 32GB, diskaun RM100 dan juga free powerbank supaya bateri Honor 8 tak habis-habis bakal diberikan. Cerita banyak tak guna, bukak website www.vmall.my sekarang jugak dan terus tekan butang beli sebelum kehabisan stok.

2. PERCUMA Honor Band Z1 bila beli Honor 7/7E
honor

Ini adalah promosi yang paling best dari Honor Malaysia pada pendapat Abang Nara. Beli telefon dapat jam beb!!! Jam bukan sebarang jam. Jam ini adalah Honor Band Z1 yang harganya beratus-ratus ringgit. Honor Band Z1 ini memang sesuai sangat kalau korang jenis aktif bersukan, marathon dan panjat gunung. Boleh check denyutan nadi dan sebagainya. Bayangkan tengah borak dengan member pakai Honor 7/7E lepas tue kat tangan ada Honor Band Z1. Pergh!!! Memang kehenseman naik berganda-ganda bro!!

3. Suka selfie? Honor 5X dan 5C nie memang sesuai untuk anda

honorBuat korang yang selang 5 minit akan mengambil selfie dan upload ke Instagram, Honor 5X dan 5C nie adalah pilihan terbaik untuk anda. Korang akan dapat selfie stick dan juga 32GB SD Card sebagai hadiah percuma. Confirm mutu gambar selfie anda akan meningkat 120% dengan kehadiran selfie stick ini. Lepas tue tak payah risau memori tak cukup sebab ada 32GB SD card. Boleh selfie sampai lebam. Best kan??

Fuh. Abang Nara yang tengah menulis ini pun dah tak sabar nak membeli salah satu telefon Honor di www.vmall.my. Ingat nak hadiahkan satu untuk isteri tercinta. Nak bagi "perfect ending" untuk tahun 2016 dia. Confirm wife akan menangis terharu dapat telefon Honor nie. Dan confirm dia akan sayang lebih kat Abang Nara. Hehehe.
gambar honorNah kat atas tue Abang Nara kongsikan full list promosi kaw-kaw dari Honor Malaysia untuk tatapan anda. Semuanya boleh dibeli menerusi www.vmall.my atau kedai-kedai berdekatan. Silalah buat pilihan yang bijak dengan segera sebab promosi ini akan berakhir pada 12 Disember ini. Lepas tue menangis air mata darah pun tak guna lagi. Selamat membeli!!!.



Syamsul Yusof Tidak Kisah Kerjaya Sebagai Penyanyi Dikritik Sesetengah Pihak

Posted: 07 Dec 2016 10:38 PM PST

Syamsul Yusof bukan sahaja bergelar pengarah filem serta pelakon terkenal, tetapi beliau juga berbakat dalam bidang nyanyian. Meskipun baru sahaja bergelar penyanyi, single Kalah Dalam Menang bersama Mawi membuatkan ramai yang mula "membuka" mata dengan bakatnya dalam industri muzik tanah air.

Walaubagaimanapun, Syamsul akui ada segelintir pihak yang kurang senang dengan kehadiran beliau dalam bidang tersebut lebih-lebih lagi selepas lagu Kalah Dalam Menang berjaya mendapat tempat dalam Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31)

Saya tahu ada ramai yang tidak suka lagu Kalah Dalam Menang ini. Sebenarnya dah lama saya buat tapi saya terlalu fikir apa orang cakap membuatkan ia tertangguh.

Saya bukan berada dalam industri muzik ini untuk syok sendiri, sebab itu saya cuba dulu kalau orang terima baru saya teruskan.

Lali dengan percakapan orang, Syamsul menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan.

Saya sebenarnya sudah lali dengan perkara ini, tidak suka dengan apa yang saya lakukan tapi saya malas nak ambil serius kerana perkara itu juga membakar semangat saya. Saya berlakon filem adik saya pun mereka marah inikan pula saya menyanyi, sudahlah dikutuk tagged  nama saya pula di laman sosial itu.

Saya anggap sahaja mereka yang kutuk-kutuk saya di laman sosial itu ada masalah dengan hidup mereka.

Yeah, tabik sama lu Syamsul Yusof. Memang bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Jangan melayan sangat komen negatif lebih-lebih lagi daripada mereka yang selalu berdengki dengan kejayaan seseorang.

Sumber Berita : mStar Online

Isu Pramugari Tidak Mahu Angkat Beg : Netizen Desak Fathia Latiff Mohon Maaf

Posted: 07 Dec 2016 09:21 PM PST

Sehingga hari ini, kontroversi hangat Fathia Latiff kerana viralkan foto pramugari yang enggan mengangkat begnya masih lagi diperkatakan. Ada yang menyokong tindakan Fathia dan ada juga yang menyebelahi pihak pramugari tersebut dan mengakui Fathia tidak patut “memalukan” seseorang.

Meskipun menerima kecaman daripada setiap sudut, Fathia masih lagi berdiam diri dan tidak mahu menjelaskan perkara sebenar.

Netizen yang kurang senang dengan sikap berdiam diri Fathia meminta agar pelakon wanita itu memohon maaf atas apa yang beliau sudah lakukan.

Hmmph, masalah tidak akan selesai kalau asyik berdiam diri, lebih banyak spekulasi dan kecaman yang akan dilemparkan. Kadang-kadang kita perlu merendahkan sedikit ego kita untuk memohon maaf.

Zulin Aziz Bercinta Dengan Ahya Rosli Dan Menajanya Dengan Barangan Mewah?

Posted: 07 Dec 2016 08:29 PM PST

Umum mengetahui pelakon Zulin Aziz kini menggunakan khidmat anak pelakon vateran Normah Damanhuri iaitu Ahya Rosli sebagai jurulatih untuk menurunkan berat badannya.

Namun, baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Zulin dan Ahya kini lebih intim dan sedang hangat bercinta. Semuanya berpunca daripada  satu gosip yang mendakwa seorang penyampai radio sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk seorang lelaki.

Saya tidak pernah menaja Ahya seperti yang tertulis dalam ruangan gosip itu, kononnya saya hadiahkan dia pelbagai barangan mewah serta pergi bercuti mengunakan wang saya sahaja. Itu tidak betul langsung! Hakikatnya Ahya yang keluarkan duit apabila kami keluar bersama.

Saya pun tak naklah menyusahkan dia, hulurkan juga duit kepada Ahya tetapi selalunya dia tidak mahu terima duit saya. Dari mana datang cerita itu saya pun tak pasti, yang penting memang tiada apa-apa kaitan pun dengan hal saya.

Pada masa yang sama, Zulin memberitahu beliau dan Ahya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu.

Saya tak bercinta dengan dia jauh sekali menjadi pasangan kekasih, kami hanya kawan rapat. Apa yang saya boleh komen, Ahya seorang yang baik walaupun kalau kita lihat personaliti dia yang agak nakal tetapi sebenarnya tidak seperti itu.

Buat Zulin beliau tidak boleh menutup mulut orang untuk terus bercerita dan bergosip mengenainya. Apa-apa pun, beliau tetap mengharapkan ada yang mendoakan yang terbaik buat diri dan kariernya.

Sumber Berita : Astro Gempak

Rakan Artis Kecewa Dengan Tindakan Fathia Latiff Viralkan Foto Pramugari

Posted: 07 Dec 2016 07:39 PM PST

Isu Fathia Latiff yang tidak puas hati dengan seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya  untuk dimasukkan ke dalam kompartmen atas didalam pesawat  dan memviralkan foto pramugari berkenaan bukan sahaja hangat diperkatakan dikalangan netizen, tetapi ia turut mencuri perhatian beberapa rakan artis yang pernah bekerja sebagai kru kabin penerbangan seperti Maria Tunku Sabri, Zarul Umbrella dan Karl Shafek.

Mereka kecewa dengan tindakan Fathia itu yang menyalahkan pramugari.

Maria Tunku Sabri yang pernah memegang jawatan Ketua Pramugari MAS  memberitahu, mengangkat beg penumpang tidak termasuk didalam skop kerja kru kabin. Malah, tiada keistimewaan yang diberikan kepada mana-mana selebriti ketika berada didalam penerbangan.

Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan. Mereka hanya memberi keutamaan kepada penumpang yang kurang berkemampuan seperti ibu yang ramai anak, orang tua dan orang yang berkerusi roda sahaja, jika sihat seseorang itu perlu melakukannya sendiri.

Penyanyi Zarul Umbrella pula berpendapat, jika beg yang dibawa agak berat dan tidak mampu untuk diangkat, lebih baik penumpang meletakkan beg berkenaan ke dalam tempat kargo (check in).

Zarul sebelum ini pernah berkhidmat dengan  beberapa penumpang VVIP dan mereka juga memahami tugas seorang kru kabin dengan baik serta tidak menimbulkan sebarang masalah.

Jika beg itu berat mereka sepatutnya check in sahaja dan hanya bawa beg yang ringgan supaya mudah untuk mereka membawa diri. Saya sendiri jika diminta angkat beg berat itu akan menolak secara baik dan minta tolong untuk mereka angkat sendiri beg berkenaan.

Ramai sahaja VVIP yang menggunakan khidmat saya, tapi mereka sendiri tahu tentang tugas kami, mereka selalunya minta pembantu untuk menganggat beg-beg yang dibawa. Pada saya tiada salahnya jika meminta pertolongan tersebut dengan cara yang lebih baik.

Bagi pengacara Karl Shafek, tindakan Fathia yang memviralkan foto pramugari berkenaan tidak wajar. Fathia juga tidak boleh menganggap semua kru penerbangan mengenali beliau sebagai seorang artis dan mahukan layanan istimewa.

Mereka kerja siang malam dan kadang-kadang tidak kenal pun artis-artis Malaysia yang ramai, jadi tidak perlu mengharapkan keistimewaan ketika berada di tempat awam. Saya kesal kerana dia muat naik gambar pramugari itu, perkara itu sendiri boleh memalukan pramugari berkenaan.

Apa yang dikatakan oleh rakan –rakan artis itu memang betul.  Bukannya tugasan pramugari untuk mengangkat beg tersebut. Lebih mudah untuk "check in" semua beg untuk mengelakkan sebarang masalah.

Sumber Berita : mStar Online

Amy Search Bengang Digelar Anjing Oleh Anak Yazit

Posted: 07 Dec 2016 06:26 PM PST

Penyanyi terkenal, Amy Search meluahkan rasa bengang dan kecewa terhadap tindakan anak anak perempuan kepada pemain dram kumpulan Search, Yazit iaitu Sheeqa Yazit  yang telah menggelarkan Amy sebagai anjing menerusi ruangan komen di akaun Facebook Amy. Menurut Amy, apa yang ditulis oleh Sheeqa agak kurang ajar.

Semuanya bermula apabila Amy telah memuat naik satu status mengenai persembahan "tribute" Search ketika pameran MAHA 2016 berlangsung. Amy berpendapat seseorang penyanyi itu harus mempunyai gaya nyayian tersendiri dan tidak perlu meniru cara penyanyi asal bagi sesebuah lagu.

Ketika itu Sheeqa turut memberikan komen pada status berkenaan dengan menulis "siapa yang menyalak mcm anjing ini?". Amy tidak menyangka teguran beliau terhadap persembahan "tribute" itu akan mengundang komen biadap seperti itu.

Saya langsung tidak mengutuk dia dan terkejut apabila dia tergamak meninggalkan komen sedemikian. Siapa dia nak memanggil saya anjing? Sebagai orang muda, dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat bukannya mencerca orang lain.

Dia sangat kurang ajar. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia menghina saya. Sebelum ini dia pernah menyindir ibadah yang saya lakukan. Bagi saya, rasa hormat adalah perkara paling asas yang perlu ada dalam setiap individu.

Pada kami walau apa pun kemelut yang dihadapi oleh Amy dan Yazit, Sheeqa tidak sepatutnya meninggalkan komen berbaur sindiran seperti itu. Sebagai yang muda kita harus menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

Sumber Berita : Harian Metro

Comments (0)